Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulilah masih berkesempatan merasai kehadiran hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang pada Nani sangat bermakna dan besar keberkatannya.
Entry ini terdetik apabila membaca penulisan Shea tentang kisah cinta kawannya (seriously it’s a great entry-You must read it girls! (CLICK HERE). Welldone Shea!).
Suatu masa dulu aku pernah tulis di blog ini juga kisah cinta seorang kawan aku. Dalam entry tu aku mempersoalkan kenapa lelaki mudah berubah hati? (CLICK HERE) Lepas apa yang berlaku to my beloved girlfriend, of course aku akan berada dipihaknya, bukan di pihak lelaki. Itu pasti if korang pun ada ditempat aku.
Melalui kisah cinta yang banyak dikongsi oleh rakan-rakan juga, aku banyak belajar. Yang baik, aku jadikan panduan dan yang kurang baik itu diri sendiri pun tahu menilainya. Bila meningkat dewasa, aku mula sedar..sebenarnya cinta itu satu anugerah, bila kita mendapat rasa cinta di dalam hati, hargai rasa itu. Sebab bagi aku, bukan mudah untuk kita dapatkan cinta yang ikhlas dari seseorang yang betul-betul sayangkan diri kita seadanya.
Teringat bait kata-kata dari seorang kawan, yang aku anggap macam kakak aku sendiri.
“Seseorang perempuan, bila nak mencari pasangan hidup..cari seseorang yang sayangkan kita. Biar lelaki itu menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia. Sebab rasa cinta boleh dipupuk dan perempuan sekali dah sayang..akan betul-betul sayang.Tapi bagi seorang lelaki, if mereka belum betul-betul berjumpa pasangan yang disayangi, mereka boleh tinggalkan dengan seribu satu alasan. Sebab dia tak betul-betul sayangkan kita sepenuh hati or masih mencari yang lain. Biar lelaki yang kejar perempuan, jangan kita perempuan yang .kejar lelaki. Sebab bila susah bagi seseorang lelaki itu dapatkan seseorang wanita, dia akan betul-betul hargai wanita itu”
aku sendiri tertanya dalam hati, macamana kita nak tahu pasangan kita betul-betul menyayangi kita? dan kakak macam tahu-tahu and sambung..
“ banyak cara kita boleh rasakan dia adalah pasangan kita, selain dari hati kita sendiri dapat rasai. Kita boleh lihat pada sikap diri si dia, adakah dia sangguh berkorban demi diri kita. Bukan hanya ada dengan kita pada ketika senang, tapi juga ketika susah. Bila kita dalam kesusahan or sedang sedih, ada tak dia ingin berada dengan kita untuk berkongsi rasa. Dan cara paling mudah untuk kita tengok juga adalah samada si dia sanggup tak keluarkan duit untuk kita, bukan maksudnya belikan kita macam-macam, bukan. Tapi at least si dia tak berkira tentang duit yang dikeluarkan untuk kita. Sebab lelaki tak kan keluarkan duit untuk perempuan yang dia tak betul-betul sayang”
aku memang suka dengar pandangan and cerita dari orang-orang yang berpengalaman. Mereka yang dah alami segala macam dalam hidup ni. Jadi pandangan mereka menjadi rujukan terbaik untuk aku.
Kita hanya mampu berdoa, Allah yang Maha Menentukan. Sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk diri kita semua.
Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..
* Courtesy from Shea Syahirah. Thank you Shea. :)
" cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "
Selamat jalan pada yang akan berhari raya. Have a safe journey & take care everyone!

0 comments:
Post a Comment